Friday, July 29, 2016

Mengapa Produk Muslim Harga Mahal


Mengapa produk muslim MAHAL?

Sebenarnya persoalan ini adalah mudah untuk dijawab. Kerana persoalan kepada kenapa “produk halal itu selalunya mahal” dan sebaliknya kenapa “produk yang tidak halal itu murah”? 

Semuanya adalah terletak kepada kos pengeluaran dan jumlah pemasaran produk tersebut.

Bagi pengusaha-pengusaha yang mengenepikan isu-isu halal-haram dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata akan mencari sumber-sumber yang murah walau pun sumber tersebut tidak halal atau lebih tepat lagi HARAM. Tetapi bagi pengusaha yang sensitif tentang isu halal-haram, sumber-sumbernya adalah terhad kepada yang halal sahaja dan pengendaliannya juga dijaga untuk menjamin kehalalan, kesucian dan kebersihan produk tersebut. Jadi kosnya adalah lebih mahal.

Dari segi pemasaran pula, bagi produk-produk yang tidak halal, pelanggannya terdiri dari pengguna-pengguna bukan Islam, juga yang sedihnya, tidak ketinggalan sebilangan besar pengguna umat Islam yang mengenepikan atau tidah sensitif isu halal-haram juga membeli produk tersebut, bagi mereka 'janji murah'. Oleh sebab itu dari segi 'volume atau jumlah jualannya adalah sedikit dan kurang keuntungannya.

Bagi produk halal pula, ianya terhad kepada pembeli atau hanya berkisar kepada umat Islam yang betul-betul sensitif dengan isu halal-haram sahaja dan juga terdiri dari sebilangan kecil yang bukan Islam yang mementingkan isu kebersihan, kerana mereka yakin kebiasaannya produk yang halal juga adalah bersih dari segi pengendaliannya.

Perkara ini sebenarnya bertolak balik kepada para pengguna-pengguna Islam juga. Kalau para pengguna sanggup berkorban sedikit dan sanggup menyokong perjuangan pengusaha-pengusaha produk halal ini, lama kelamaan apa bila sampai masanya harganya akan turun, Insyallah.

Adalah terlalu murah harga yang terpaksa dibayar kerana hanya perbezaan beberapa ringgit, sanggup membeli produk yang tidak halal atau tidak pasti kehalalannya mengakibatkan daging kita akan dibakar diakhirat kelak.

Apa salahnya kita sebagai pengguna-pengguna Islam mengambil peluang ini untuk berjihad sedikit. Kerana bagi pengusaha-pengusaha produk halal ini, apa bila cukup tahun mereka juga akan menggeluarkan zakat dari jumlah keuntungan mereka, yang mana ia akan membantu dan mengguntungkan umat Islam kembali, Insyallah.

Fb: Tips Atasi anak sering demam selsema dan batuk

No comments:

Post a Comment